Matlamat Pendidikan

Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah

Kurikulum Sekolah Rendah adalah bertujuan untuk membolehkan murid :

Menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Menguasai kemahiran asas bahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis di dalam bahasa penghantar sekolah-sekolah rendah.

Meguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira.

Menguasai kemahiran-kemahiran belajar berlandaskan kemahiran asas.

Berupaya memahami, membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.

Membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang diterima dan dihargai masyarakat berlandaskan Rukunegara, serta menjadikan asas bagi amalan hidup.

Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.

Bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain dan mempunyai semangat kerjasama dan toleransi.

Mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah dikuasai.

Meminati, memahami, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.

%d bloggers like this: