Sekitar Hari Pertama Persekolahan 2012

Sesi Persekolahan 2012 Bermula…..

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga pendidik khususnya warga SK Kuang dan murid-murid yang dikasihi. Selamat datang kepada murid-murid tahun 1 dan ibu bapa/penjaga yang membawa anak-anak terutamanya yang pertama kali membawa anak ke sekolah. Semoga esok (4 Januari 2012) segala program yang diatur berjalan dengan lancar. Apa yang diharapkan adalah kerjasama antara kita semua bagi menentukan kelancaran hari pertama persekolahan. Apa juga masalah sekiranya timbul eloklah dibincangkan dengan cara yang sepatutnya. Semua pihak samada guru atau ibu bapa sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk murid-murid dan anak-anak. Kesepakatan kita adalah kunci kejayaan mereka. Selamat datang sesi persekolahan 2012.

Majlis Khatam Al-Quran SK Kuang 1432H

Majlis Khatam Al-Quran SK Kuang telah diadakan pada 26 Ogos 2011 bersamaan 26 Ramadan 1432H. Antara objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan mengiktiraf murid yang telah khatam al-Quran. Selain itu majlis ini diharapkan dapat menarik minat murid untuk mendalami serta menghayati al-Quran.

Sekitar Larian 1 Malaysia SK Kuang

Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu).
Masa : 7.30 pg. 1.00 tgh
Kehadiran : Semua murid tahun 1 hingga 6 dan kelas Pend. Khas (1 sesi) dan ibubapa.

Makluman Sekolah Ganti dan Jemputan ke Temasya Sukan kali ke 66 Tahun 2011

Kepada
Ibubapa/Penjaga Pelajar,

Sukacita dimaklumkan SK Kuang akan mengadakan sekolah ganti pada :-

Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu).
Masa : 7.30 pg. 1.00 tgh
Kehadiran : Semua murid tahun 1 hingga 6 dan kelas Pend. Khas (1 sesi).

Pelajar dikehendaki memakai baju T (pakaian Pendidikan Jasmani) kerana aktiviti larian 1 Malaysia akan dilancarkan pada hari tersebut. Ibubapa dijemput sama hadir ke sekolah pada tarikh dan masa tersebut bagi sama-sama menyertai larian 1 Malaysia.

Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Kuang akan diadakan pada:
Tarikh : 03 Julai 2011 (Ahad)
Masa : 7.40 pg. – 1.30 tgh.
Tempat : Padang SK Kuang

Tuan/puan adalah dijemput untuk sama-sama memeriahkan Temasya Sukan Tahunan tersebut. Ibubapa pelajar juga boleh menyertai acara bagi acara ibu dan bapa pelajar yang disediakan.

Berikutan dengan itu pada 04 Julai 2011 (Isnin) sekolah akan bercuti sehari dan akan bersekolah seperti biasa pada 05 Julai 2011.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan memastikan kehadiran pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.

Hari Terbuka SK Kuang

Hari terbuka SK Kuang akan diadakan pada :

Tarikh : 24 Jun 2011 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari (Murid Sesi Pagi)
3.00 ptg hingga 6.25 ptg (Murid Sesi Petang)

Hari Terbuka SK Kuang ini dadakan bagi membolehkan ibu bapa/penjaga bertemu dan berbincang dengan guru-guru mengenai pencapaian dan kemajuan anak-anak seterusnya menandatangani buku Laporan Adab Belajar (LAB). Selepas itu anak-anak boleh dibawa pulang oleh ibu bapa masing-masing.

Terima kasih.

PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS 2011

Peluang menyertai Ujian Permata Pintar ini masih terbuka. Semua pelajar digalakkan menyertai program ini. Anda boleh mendapat maklumat ini melalui guru kelas atau gur ICT di sekolah atau terus ke website berkenaan.