Majlis Khatam Al-Quran SK Kuang 1432H

Majlis Khatam Al-Quran SK Kuang telah diadakan pada 26 Ogos 2011 bersamaan 26 Ramadan 1432H. Antara objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan mengiktiraf murid yang telah khatam al-Quran. Selain itu majlis ini diharapkan dapat menarik minat murid untuk mendalami serta menghayati al-Quran.

Advertisements

Kursus Pengurusan Jenazah

Matlamat kursus ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman tentang konsep pengurusan jenazah yang lengkap. Bermula daripada mandi jenazah hinggalah kepada pengebumian.

Maklumat berkaitan kursus ini ialah :

Tarikh : 12 Februari 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Surau SK Kuang
Peserta : Semua guru dan staf SK Kuang
Penceramah : Tn Hj Suhaimi Dzajuli ( Dibantu oleh : Pn Maznah & Ustazah Salmah )
Anjuran : Unit Perkembangan Staf SK Kuang

Pertandingan Bercerita Puteri Islam Gombak

Pertandingan Becerita Puteri Islam Gombak telah diadakan pada 24 April 2010 di SMA Rawang. Tahniah kepada Adik Wan Asmaa Syafiqah kerana berjaya mendaopat tempat ke2 dengan cerita bertajuk ” Si Bodoh Yang Sombong”. Adik Wan Asmaa telah terpilih untuk ke Peringkat Negeri Selangor pada 8 Mei 2010.

Sambutan Maulidur Rasul

Lihat selanjutnya

Menghayati Semangat Hijrah Nabi

Bersama Menghayati Semangat Hijrah Nabi

Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul , akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.
Baca Selanjutnya

Tazkirah Jumaat (20 November 2009)

TAHAJUD (SOLAT MALAM)- DARI PERPEKSTIF PERUBATAN…
________________________________________
Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian – tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti ‘berzikir’ dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh.
Seterusnya…..

Mahrajan JQAF 2009

Mahrajan JQAF Sekolah-Sekolah Selangor telah diadakan pada 13 dan 14 November di SMK Kuala Selangor. Tahniah kepada pasukan dari SK Kuang kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara Kalam Jamaie.