Pc Fair

Advertisements

Etika Rangkaian Sosial

1. Semuanya Awam

Pastikan anda tidak memasukkan segalanya di dalam laman web sosial anda kerana apa yang anda paparkan akan menjadi terbuka kepada awam. Ketahuilah setelah anda masukkan ke dalam web anda, anda pasti tidak dapat mengawalnya.

2. Segalanya Dimeterai

Jika anda menggunakan rangkaian sosial, walaupun anda cuba menjadi orang yang tiada nama (anonymous) anda pasti akan dapat dikesan kerana jejak anda di dalam internet pasti akan meninggalkan kesan seperti tapak kaki di dalam pasir. Anda juga secara tidak langsung terikat dengan sebarang perjanjian pengguna yang anda setuju semasa pendaftaran.

3. Tidak Semuanya Jujur dan Benar

Anda hendaklah tahu yang bukan semua di dalam internet itu benar dan betul. Mungkin orang itu menggunakan gambar orang lain untuk Facebooknya dan jugta maklumat yang dipaparkan juga palsu. Ingat, segalanya mungkin di dalam internet.

4. Tapis Diri Anda Sendiri

Pastikan apa yang anda taipkan dalam laman web itu tidak mengganggu atau menggugat orang lain. jangan taburkan fitnah atau jangan lepaskan geram secara langsung terus kepada individu tertentu. Berkiaslah jika perlu!

5. Tidak Semua Perlu Tahu

Anda tidak perlu memasukkan semuanya di dalam web. Pastikan maklumat yang anda sampaikan itu sesuai untuk umum atau tidak. Jika ia merupakan maklumat dalaman anda tidak perlu keluarkannya. Jika ada maklumat sensitif pastikan ia tidak terkeluar.

6. Asingkan

Jika anda ada rakan yang ramai anda boleh buka sebuah laman web peribadi dan asingkan segala kandungannya berbanding dengan laman web kerja atau profesion anda. Jangan masukkan bahan-bahan kerja anda dalam laman web peribadi anda.

Dipetik dari Majalah PC keluaran April 2010.

***Ingat, mungkin maklumat biasa sekarang menjadi rahsia besar di masa akan datang!

EDUWEBTV

Kesan Aplikasi Sosial

Pengguna Internet yang menggunakan aplikasi rangkaian sosial dinasihatkan supaya tidak sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad kerdit, pekerjaan, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya.

FACEBOOK yang mendakwa memiliki 350 juta pengguna kini menyimpan sepuluh bilion gambar pengguna laman web tersebut.

PENGGUNAAN Internet di kalangan masyarakat dunia semakin meningkat dengan pesat dan mula mengubah cara hidup mereka.

Menurut penyelidikan yang dibuat oleh IDC Research, pengguna Internet di Malaysia telah menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka akan melonjak kepada 20.4 juta orang pada 2012.

Kepenggunaan aplikasi rangkaian sosial di Malaysia pula telah mencatat sebanyak 66 peratus pada bulan Disember 2008 iaitu di tangga ketiga selepas Singapura dan Korea Selatan dengan masing-masing mencatat 74.3 peratus dan 68 peratus.

Penggunaan aplikasi rangkaian sosial telah mula menular sehingga telah menjadi bagaikan satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna Internet di seluruh dunia.

Laman web aplikasi rangkaian sosial semakin bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah pelawat yang melayari alam siber dan dunia komunikasi maya.

Sehingga kini, terdapat sejumlah 170 rangkaian sosial interaktif yang terkenal dan aktif digunakan di seluruh dunia seperti Facebook, Twitter, Friendster, MySpace, Tagged dan sebagainya.

Facebook yang mendakwa memiliki sejumlah 350 juta pengguna dari segenap pelosok dunia, kini menyimpan lebih daripada 10 bilion gambar yang dikongsi oleh pengguna-pengguna laman rangkaian sosial tersebut.

Baca Selanjutnya