Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua warga guru khususnya guru-guru SK Kuang.

PETIKAN PERUTUSAN HARI GURU 2011
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40
TEMA “GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

”Selamat Hari Guru” dan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan
terhadap komitmen, keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi para guru
kepada bangsa dan negara. Memperingati hari besar untuk guru
membolehkan kita mengenal dan mengakui jasa guru tiada tolok
tandingnya.

PETIKAN PERUTUSAN HARI GURU 2011
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Pendidikan merupakan wadah utama menentukan perkembangan
kemajuan dan kemakmuran negara. Pendidikan menjadi peneraju dalam
membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan
berkeperibadian mulia. Sejarah telah membuktikan pendidikan berjaya
membina tamadun sesebuah masyarakat dan menjamin keutuhan sesuatu
empayar. Kegemilangan zaman empayar Rom, keagungan kerajaan Islam
Abbasiyah dan kemasyhuran Dinasti Ming di China dicapai melalui
kepesatan pelbagai bidang ilmu, termasuk bidang sains dan teknologi.
Siapalah yang dapat menafikan bahawa sesungguhnya tunjang utama
dalam kemajuan pendidikan tidak lain dan tidak bukan adalah guru.

Sekitar Sambutan Hari Guru SK Kuang.

Advertisements

Hari Guru SK Kuang

Selamat Hari Guru

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah – SK Kuang

Tarikh : 17 Mei 2010

Masa : 7.40 hingga 1.00 tgh.

Tempat : Dataran SK Kuang

Lagu Tema Hari Guru

http://www.moe.gov.my/hariguru/lagu.html

Ikrar Guru

Pengenalan Hari Guru

 Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO HARI GURU Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan. Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia. Merah : Menunjukkan keteguhan semangat. Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.