Kepada
Ibubapa/Penjaga Pelajar,
Sukacita dimaklumkan SK Kuang akan mengadakan sekolah ganti pada :-
Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu).
Masa : 7.30 pg. 1.00 tgh
Kehadiran : Semua murid tahun 1 hingga 6 dan kelas Pend. Khas (1 sesi).
Pelajar dikehendaki memakai baju T (pakaian Pendidikan Jasmani) kerana aktiviti larian 1 Malaysia akan dilancarkan pada hari tersebut. Ibubapa dijemput sama hadir ke sekolah pada tarikh dan masa tersebut bagi sama-sama menyertai larian 1 Malaysia.
Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Kuang akan diadakan pada:
Tarikh : 03 Julai 2011 (Ahad)
Masa : 7.40 pg. – 1.30 tgh.
Tempat : Padang SK Kuang
Tuan/puan adalah dijemput untuk sama-sama memeriahkan Temasya Sukan Tahunan tersebut. Ibubapa pelajar juga boleh menyertai acara bagi acara ibu dan bapa pelajar yang disediakan.
Berikutan dengan itu pada 04 Julai 2011 (Isnin) sekolah akan bercuti sehari dan akan bersekolah seperti biasa pada 05 Julai 2011.
Sokongan dan kerjasama tuan/puan memastikan kehadiran pada hari tersebut.
Sekian, terima kasih.
Filed under: Umum |
Hari sukan sekolah telah lebih seminggu berlalu. Tetapi pemenang acara tarik tali masih tidak menerima plug masing-masing. Tidak kesian ker semua guru-guru SK Kuang pada pelajar-pelajar yang menagambil bahagian?
Terima kasih Herda. Akan saya panjangkan perkara ini. Email saya ke zarres@yahoo.com – nama murid, kelas dan rumah sukan.