Makluman Sekolah Ganti dan Jemputan ke Temasya Sukan kali ke 66 Tahun 2011

Kepada
Ibubapa/Penjaga Pelajar,

Sukacita dimaklumkan SK Kuang akan mengadakan sekolah ganti pada :-

Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu).
Masa : 7.30 pg. 1.00 tgh
Kehadiran : Semua murid tahun 1 hingga 6 dan kelas Pend. Khas (1 sesi).

Pelajar dikehendaki memakai baju T (pakaian Pendidikan Jasmani) kerana aktiviti larian 1 Malaysia akan dilancarkan pada hari tersebut. Ibubapa dijemput sama hadir ke sekolah pada tarikh dan masa tersebut bagi sama-sama menyertai larian 1 Malaysia.

Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Kuang akan diadakan pada:
Tarikh : 03 Julai 2011 (Ahad)
Masa : 7.40 pg. – 1.30 tgh.
Tempat : Padang SK Kuang

Tuan/puan adalah dijemput untuk sama-sama memeriahkan Temasya Sukan Tahunan tersebut. Ibubapa pelajar juga boleh menyertai acara bagi acara ibu dan bapa pelajar yang disediakan.

Berikutan dengan itu pada 04 Julai 2011 (Isnin) sekolah akan bercuti sehari dan akan bersekolah seperti biasa pada 05 Julai 2011.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan memastikan kehadiran pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.

Advertisements

Hari Terbuka SK Kuang

Hari terbuka SK Kuang akan diadakan pada :

Tarikh : 24 Jun 2011 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari (Murid Sesi Pagi)
3.00 ptg hingga 6.25 ptg (Murid Sesi Petang)

Hari Terbuka SK Kuang ini dadakan bagi membolehkan ibu bapa/penjaga bertemu dan berbincang dengan guru-guru mengenai pencapaian dan kemajuan anak-anak seterusnya menandatangani buku Laporan Adab Belajar (LAB). Selepas itu anak-anak boleh dibawa pulang oleh ibu bapa masing-masing.

Terima kasih.