Pelancaran Blog SK Kuang

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya saya berpeluang untuk memberikan sedikit tinta harapan sebagai merasmikan pelancaran Blog SK Kuang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Unit ICT SK Kuang yang telah berusaha giat bagi merealisasikan Blog SK Kuang.

Di zaman ledakan teknologi maklumat, usaha ini dilihat sebagai suatu permulaan yang baik ke arah membangunkan warga sekolah yang celik IT. Warga sekolah boleh mendapat maklumat terkini tentang akiviti sekolah yang akan dan telah dijalankan. Melalui blog ini, warga sekolah dan pengujung berpeluang memberikan cadangan, idea dan cetusan rasa bagi mewarnai blog ini.

Harapan saya, semua waga sekolah meluangkan masa untuk melawat blog ini dan mendapat manfaat daripadanya. Zaman kian berubah. Kita juga perlu berubah. Kita tidak boleh biarkan perubahan yang berlaku mengatasi pengetahuan kita Ini akan mendatangkan masalah. Terlalu banyak perkara yang kita perlu tahu seiring dengan zaman siber ini. Kita kini berdepan dengan cabaran besar dunia khususnya bidang pendidikan yang menuntut penggunaan IT sepenuhnya.

Harapan saya semoga blog ni akan sentiasa dikemaskini dengan maklumat-maklumat berguna dan terkini. Sekali lagi syabas diucapkan.

Sekian. Wabillahhi taufik walhidayah. Wassamualaikum wbt.

Hjh. Ismawati Bt Hj. Ismail
Guru Besar
SK Kuang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: