Permohonan Kemasukan Tahun 1

Advertisements

Perkembangan Staf

Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan program seperti berikut :

Tajuk : Integriti Dalam Pendidikan
Penceramah : Tn Hj Nazmi b. Md Noor
Timbalan Setiausaha
Bahagian Cawangan Operasi
Psikologi dan Kaunseling
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tarikh : 27 Mac 2010
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SKK
Sasaran 116 orang guru dan kakitangan

Pelancaran Blog SK Kuang

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya saya berpeluang untuk memberikan sedikit tinta harapan sebagai merasmikan pelancaran Blog SK Kuang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Unit ICT SK Kuang yang telah berusaha giat bagi merealisasikan Blog SK Kuang.

Di zaman ledakan teknologi maklumat, usaha ini dilihat sebagai suatu permulaan yang baik ke arah membangunkan warga sekolah yang celik IT. Warga sekolah boleh mendapat maklumat terkini tentang akiviti sekolah yang akan dan telah dijalankan. Melalui blog ini, warga sekolah dan pengujung berpeluang memberikan cadangan, idea dan cetusan rasa bagi mewarnai blog ini.

Harapan saya, semua waga sekolah meluangkan masa untuk melawat blog ini dan mendapat manfaat daripadanya. Zaman kian berubah. Kita juga perlu berubah. Kita tidak boleh biarkan perubahan yang berlaku mengatasi pengetahuan kita Ini akan mendatangkan masalah. Terlalu banyak perkara yang kita perlu tahu seiring dengan zaman siber ini. Kita kini berdepan dengan cabaran besar dunia khususnya bidang pendidikan yang menuntut penggunaan IT sepenuhnya.

Harapan saya semoga blog ni akan sentiasa dikemaskini dengan maklumat-maklumat berguna dan terkini. Sekali lagi syabas diucapkan.

Sekian. Wabillahhi taufik walhidayah. Wassamualaikum wbt.

Hjh. Ismawati Bt Hj. Ismail
Guru Besar
SK Kuang.

Pesta Buku

Peranan Guru

MENDIDIK GENERASI BERAKHLAK MULIA:
APAKAH PERANAN GURU?
Tanggungjawab mernbentuk generasi berakhlak mulia adalah suatu amanah yang perIu dilaksanakan oleh para pendidik. Bagaimanapun, tanggungjawab ini adalah sesuatu yang berat untuk dipikul, malah ada di kalangan guru menganggapnya suatu beban dalam kerjaya mereka.
Generasi Berakhlak Mulia di dalam Falsafah Pendidikan
Matlamat pendidikan negara ke arah mewujudkan generasi berakhlak mulia telah dinyatakan dengan jelas di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan juga Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Akta Pendidikan, 1996, rns. 11) menyebutkan:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Baca selanjutnya

Sambutan Maulidur Rasul

Lihat selanjutnya

Sekitar Sukan Tahunan 2010

Lihat seterusnya