Selamat Hari Raya Aidiladha

Unit ICT SK Kuang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga SK Kuang. Maaf zahir dan batin jika terdapat apa-apa jua yang terpapar di blog ini samada petikan, berita, komen-komen atau gambar-gambar yang telah menyinggung perasaan semua warga sekolah ini. Begitu juga kepada yang terkilan kerana gambar-gambar mereka tidak dipaparkan. Apa yang dipaparkan adalah apa yang sepatutnya tanpa mempunyai niat untuk membelakangkan yang lain. Mengenai komen-komen yang terdapat di blog ini yang menguris hati sesetengah guru, maaf dipinta. Kita tidak berniat untuk menghalang apa-apa komen kerana ia akan membantutkan usaha memupuk warga SKK yang celik IT. Bagaimanapun adalah dinasihatkan agar sesuatu komen itu biarlah tidak melukakan hati orang lain. Kesempatan ini diambil untuk mengucapkan selamat jalan kepada yang pulang ke kampung, , berhati-hati ketika memandu dan semoga Aidiladha kali ini memberi erti yang besar kepada anda. Wassalam.

9 Respons

  1. assalamualaikum n salam 1 Malaysia. Kpd semua warga SKKUANG,sye ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.Sye juga ingin memohon maaf jikalau ada salah dan silap.wassalam.

  2. Assalamualaikum..Singgah sebentar, SK. Kuang. Saya pernah mengajar di sini pada tahun1989 -1993 dan kembali lagi pada tahun 1996…Selamat Hari Raya buat mereka yang masih mengenali saya..k. Roslina Mustafa, k. Zaidah, k. Noriah,k. Limah, k. Siha serta yang masih mengenali saya. Selamat Bercuti & Selamat Menyambut Idul Fitri…kenangan bersamamu tetap dalam kenangan…

  3. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat jatuh dan bangun serta gurau senda…semua masih dalam memori..

  4. ktne tmpt jatuh 2 kak? cni mmg byk lobang pn..tgk la, ade bajet, mmg nk kene baiki..

  5. banyak tempat jatuh tu!!! lagi-lagi kat padang nuuuu…kan banyak lubangnya…eh..sk.kuang banyak duit ape? tutup lah lubang-lubang tu cepat…lain lah macam sekolah akak …sekolah akak kecik aje murid pun tak sampai 200 orang….gurunya tak sampai 20 orang…

  6. Sekarang saya di SK Tebok Jawa, Sabak Bernam.

    Ragam manusia memang kurang le…kami bagai adik-beradik tapi ragam bebanan kerja memang amat terasa. Seorang guru terpaksa memegang tidak kurang 18 tugas khas…

  7. kalau sudi datang le ke blog sekolah saya yang tak seberapa adanya..

    http://sktebokjawa-berilmudanberbakti.blogspot.com/

    dan ke blog saya juga:

    http://mawar-matahari.blogspot.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: