Selamat Hari Raya Aidiladha

Unit ICT SK Kuang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga SK Kuang. Maaf zahir dan batin jika terdapat apa-apa jua yang terpapar di blog ini samada petikan, berita, komen-komen atau gambar-gambar yang telah menyinggung perasaan semua warga sekolah ini. Begitu juga kepada yang terkilan kerana gambar-gambar mereka tidak dipaparkan. Apa yang dipaparkan adalah apa yang sepatutnya tanpa mempunyai niat untuk membelakangkan yang lain. Mengenai komen-komen yang terdapat di blog ini yang menguris hati sesetengah guru, maaf dipinta. Kita tidak berniat untuk menghalang apa-apa komen kerana ia akan membantutkan usaha memupuk warga SKK yang celik IT. Bagaimanapun adalah dinasihatkan agar sesuatu komen itu biarlah tidak melukakan hati orang lain. Kesempatan ini diambil untuk mengucapkan selamat jalan kepada yang pulang ke kampung, , berhati-hati ketika memandu dan semoga Aidiladha kali ini memberi erti yang besar kepada anda. Wassalam.

Selamat Bercuti

Kepada semua warga SK Kuang…
Selamat Bercuti. Selamat pulang ke kampung, jika ada kampung. Berhati-hati di jalan raya. Kepada murid-murid, ingat…..cuti sekolah bukannya bermaksud cuti belajar. Gunakan masa lapang di rumah dengan aktiviti berfaedah. Elakkan bermain di tempat yang merbahaya seperti sungai, lombang, longkang besar, jalan raya dan lain-lain. Maklumkan dan dapatkan kebenaran ibu bapa jika ingin ke mana-mana.
Kepada murid Tahun 6, selamat melangkah ke sekolah menengah. Yang berjaya di dalam UPSR, tahniah dan yang kurang berjaya buktikan kemampuan anda di dalam PMR. Ingat, yang berjaya tidak mesti selalu berjaya dan yang gagal tidak semestinya gagal selamanya. Manfaatkan cuti ini sepenuhnya untuk persiapan ke alam menengah.
Selamat Bercuti.

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah 2009

Tazkirah Jumaat (20 November 2009)

TAHAJUD (SOLAT MALAM)- DARI PERPEKSTIF PERUBATAN…
________________________________________
Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian – tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti ‘berzikir’ dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh.
Seterusnya…..

Mahrajan JQAF 2009

Mahrajan JQAF Sekolah-Sekolah Selangor telah diadakan pada 13 dan 14 November di SMK Kuala Selangor. Tahniah kepada pasukan dari SK Kuang kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara Kalam Jamaie.

Penghargaan Kepada Jurulatih Pasukan Sekolah

Buat pertama kalinya, Unit KoKurikulum SK Kuang akan mengadakan satu majlis penyampaian cenderahati sebagai menghargai semua jurulatih pasukan sekolah. Majlis ini akan diadakan pada 18 November 2009. Tahniah kepada GPK KoKu, Pn Hjh Halimah Bt Raji. Mudah-mudahan prestasi  kokurikulum SK Kuang akan terus berkembang. Untuk maklumat lanjut, kita tunggu masa dan ketikanya.

Anugerah Kecemerlangan Sukan MSSD Gombak

Anugerah ini telah diadakan pada 13 November 2009 di SK Taman Melawati 1. SK Kuang (Pengerusi Rendah) bersama SMK Bandar Baru Sg Buloh (Pengerusi Menengah) turut dianugerahi Anugerah Kecemerlangan Sukan MSSD Gombak 2009 kerana berjaya membawa pasukan catur menjadi Johan Catur MSS Selangor 2009.