Majlis Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran SK Kuang telah diadakan pada 17 September 2009 bertempat di Dataran Perhimpunan SK Kuang. Majlis bertemakan “Al-Quran Pembentuk Jati Diri Cemerlang” ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam SK Kuang sebagai kemuncak kepada aktiviti lain yang telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan ini. Antara aturcara majlis pada hari ini ialah seperti peserta diarak dengan paluan kompang, bacaan doa, khatam Al-Quran, penyampaian cenderahati, persembahan nasyid dan ” Bersalaman Aidil Fitri”.

30323037304230463048305330573062306930713029