Sekitar Hari Pertama Persekolahan 2012

Sesi Persekolahan 2012 Bermula…..

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga pendidik khususnya warga SK Kuang dan murid-murid yang dikasihi. Selamat datang kepada murid-murid tahun 1 dan ibu bapa/penjaga yang membawa anak-anak terutamanya yang pertama kali membawa anak ke sekolah. Semoga esok (4 Januari 2012) segala program yang diatur berjalan dengan lancar. Apa yang diharapkan adalah kerjasama antara kita semua bagi menentukan kelancaran hari pertama persekolahan. Apa juga masalah sekiranya timbul eloklah dibincangkan dengan cara yang sepatutnya. Semua pihak samada guru atau ibu bapa sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk murid-murid dan anak-anak. Kesepakatan kita adalah kunci kejayaan mereka. Selamat datang sesi persekolahan 2012.

Hari Anugerah Cemerlang SK Kuang, 2011

Hari Anugerah Cemerlang SK Kuang 2011 akan diadakan pada :
Tarikh : 16 November 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Mentari SK Kuang
Perasmi : Datuk Azmin Mustam b. Abd Karim
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya.

Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012

Majlis Khatam Al-Quran SK Kuang 1432H

Majlis Khatam Al-Quran SK Kuang telah diadakan pada 26 Ogos 2011 bersamaan 26 Ramadan 1432H. Antara objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan mengiktiraf murid yang telah khatam al-Quran. Selain itu majlis ini diharapkan dapat menarik minat murid untuk mendalami serta menghayati al-Quran.

Ramadan datang lagi.

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan, bulan yang seribu kali lebih hebat daripada seribu bulan yang lain. Selamat berpuasa kepada semua guru dan murid SK Kuang, ibu bapa/penjaga dan seluruh umat Islam. Semoga kita dapat mendekatkan diri pada Allah dengan penuh keikhlasan.

Pengesahan Murid Tahun 1, 2012

Kepada semua ibu bapa/penjaga yang berkenaan :

Tuan/puan diminta hadir ke sekolah bagi tujuan penempatan anak tuan/puan mulai :

Tarikh : 1 Ogos hingga 30 Ogos (Isnin – Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari/2.30 petang – 4.00 petang
Tempat : Pejabat SK Kuang

Sila bawa bersama sijil lahir anak tuan/puan (asal) dan surat penempatan. Semakan penempatan boleh dibuat di htp://www.didik.my/esppsel/keputusanPPT1.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.