Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Pasukan Pembimbing Rakan Sebaya

Rasional

Kaedah dan pendekatan Bimbingan dan Kaunseling dapat mengisi atau merentasi setiap aspek pendidikan. Khidmat “murid membantu murid” dijangka lebih berkesan dan memahami curahan perasaan rakan sebaya mereka. Golongan murid ini wajar diberi pendedahan asas kaunseling. Kemahiran yang dimiliki itu diharap dapat menjadikan diri mereka sebagai pendengar yang empati dan rela memberi pertolongan dalam membentuk budaya sekolah. Sejajar dengan falsafah PRS ” Bantu Diri Untuk Membantu Orang Lain”, wajarlah PRS ini ditubuhkan untuk menjelajah potensi diri dan berusaha mempertingkatkan kemahiran, kepimpinan dan keupayaan menolong.

Matlamat

Penubuhan PRS diharapkan dapat membina kelompok pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi , mempraktikkan sistem nilai yang sihat sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dapat membantu Guru Bimbingan melaksanakan perkhidmatan menolong yang menjurus kepada pembentukkan budaya sekolah yang kondusif dan meransang pembangunan manusia.

Objektif

Selepas program murid terpilih ini ;

1. Boleh menguruskan emosi dan sahsiah dengan kemahiran asas kaunseling.

2. Boleh menjadi PRS terlatih dan dapat menjadi pendengar yang baik dan berkeupayaan membantu rakan.

3. Boleh membantu guru bimbingan dan kaunseling memperluas khidmat melalui projek membantu yang dijalankan oleh PRS.

4. Boleh berinteraksi dengan berkesan bersama rakan sebaya serta dapat memberi pertolongan dalam mengatasi gejala disiplin di sekolah.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: