Sekitar Mesyuarat Agung PIBG 2010

Perlantikan Ketua Murid & Pen. Ketua Murid 2010

Perlantikan Ketua Murid, Penolong Ketua Murid dan Pengawas SK Kuang telah berlangsung pada 1 Februari 2010. Tahniah kepada Adik Hairul Zamri yang telah dilantik sebagai Ketua Murid dan tahniah juga kepada Adik Aimi Zafirah kerana telah dilantik sebagai Penolong Ketua Murid. Tahniah juga kepada semua Pengawas Sekolah yang dilantik.

Pertandingan Kelas Ideal 2010 SK Kuang

Bermula pada tahun ini Sekolah Kebangsaan Kuang mengambil inisiatif untuk mengadakan Pertandingan Kelas Ideal 2010. Ini selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menggariskan bahawa Sekolah Cemerlang  sebagai sekolah yang lengkap prasarananya meliputi aspek keceriaan, kebersihan, keselamatan, peningkatan pencapaian akademik, kokurikulum dan sebagainya.

Adalah diharapkan semua guru dan murid dapat mewujudkan suasana kelas yang kondusif, bersih lagi ceria.  Ini kerana persekitaran selamat dan selesa mampu untuk meransang minda pelajar agar mereka menjadi lebih cemerlang.

Maklumat selanjutnya…..

Buletin Unit Bimbingan & Kaunseling Siri 1/2010

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agong PIBG SK Kuang akan diadakan pada :

Tarikh : 7 Februari 2010

Hari : Ahad

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Blok F

Surat jemputan mesyuarat telah diedarkan  kepada semua murid.

Jadual Latihan Rumah Sukan

Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran

Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia

Tarikh : 16 Januari 2010

Masa : 8.oo pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat

Sasaran : Semua guru Bahasa Malaysia

Mesyuarat Panitia Matematik/Sains

Tarikh : 16 Januari 2010

Masa : 9.3o pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat

Sasaran : Semua guru Matematik dan Sains

Latihan Sukan

Latihan sukan bermula pada hari ini :

Tarikh : 13/01/2010

Hari : Rabu

Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang

Tempat : Padang sekolah

Sasaran : Semua rumah sukan

Diharap semua guru dan murid yang terlibat hadir.

Kesan Aplikasi Sosial

Pengguna Internet yang menggunakan aplikasi rangkaian sosial dinasihatkan supaya tidak sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad kerdit, pekerjaan, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya.

FACEBOOK yang mendakwa memiliki 350 juta pengguna kini menyimpan sepuluh bilion gambar pengguna laman web tersebut.

PENGGUNAAN Internet di kalangan masyarakat dunia semakin meningkat dengan pesat dan mula mengubah cara hidup mereka.

Menurut penyelidikan yang dibuat oleh IDC Research, pengguna Internet di Malaysia telah menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka akan melonjak kepada 20.4 juta orang pada 2012.

Kepenggunaan aplikasi rangkaian sosial di Malaysia pula telah mencatat sebanyak 66 peratus pada bulan Disember 2008 iaitu di tangga ketiga selepas Singapura dan Korea Selatan dengan masing-masing mencatat 74.3 peratus dan 68 peratus.

Penggunaan aplikasi rangkaian sosial telah mula menular sehingga telah menjadi bagaikan satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna Internet di seluruh dunia.

Laman web aplikasi rangkaian sosial semakin bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah pelawat yang melayari alam siber dan dunia komunikasi maya.

Sehingga kini, terdapat sejumlah 170 rangkaian sosial interaktif yang terkenal dan aktif digunakan di seluruh dunia seperti Facebook, Twitter, Friendster, MySpace, Tagged dan sebagainya.

Facebook yang mendakwa memiliki sejumlah 350 juta pengguna dari segenap pelosok dunia, kini menyimpan lebih daripada 10 bilion gambar yang dikongsi oleh pengguna-pengguna laman rangkaian sosial tersebut.

Baca Selanjutnya

Menghayati Semangat Hijrah Nabi

Bersama Menghayati Semangat Hijrah Nabi

Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul , akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.
Baca Selanjutnya